Mayat dua beradik dibuang dalam perigi - Utusan Malaysia

Mayat dua beradik dibuang dalam perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Dua beradik ditemukan maut dalam perigi selepas bertengkar dengan seorang lelaki yang datang ke rumah mereka di Wedoro, Sidoarjo.

Lapor CNN Indonesia, mangsa dikenali sebagai DV, 20 dan DC, 12, dan beberapa barang berharga turut hilang di rumah tersebut.

Ketua Polis Sidoarjo, Kusumo Wahyu Bintoro berkata, kejadian berlaku ketika suspek berusia 25 tahun datang ke rumah mangsa dengan motif untuk melakukan pemerkosaan.

Katanya, suspek bertemu DC dan mereka berdua sempat bersembang sebelum DV tiba.

Jelasnya, kehadiran suspek membuatkan DV tidak senang sehingga mereka berkelahi.

“Ketika bertengkar, suspek tiba-tiba mencekik leher mangsa. Melihat abangnya dicekik, DC terus mengambil pisau di dapur untuk mengugut suspek supaya menghentikan tindakan kasar itu.

“Namun, suspek merampas pisau tersebut dan menikam mangsa sehingga maut. Malah, dia juga mencekik abang mangsa sehingga mati,” katanya.

Pelaku kemudian mencampak kedua-dua mangsa yang sudah tidak bernyawa ke perigi di belakang rumah supaya tidak dihidu orang lain.

Namun, selepas kejadian itu, dia berpatah semula ke rumah mangsa dan mengambil sejumlah barang berharga termasuk kereta milik ibu bapa mangsa, komputer riba dan telefon bimbit.

“Motifnya, kesal cinta bertepuk sebelah tangan dan mencuri barang mangsa. Pelaku melarikan diri selepas mengambil kereta ibu bapa mangsa yang diletakkan di bahagian garaj,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN