JAKARTA: Hasil tinjauan oleh Change.org bersama Kawal Covid-19 dan Katadata Insight menunjukkan masih ramai yang merasakan tidak perlu mengambil suntikan vaksin kerana yakin memiliki imun kuat.
Tinjauan tersebut melibatkan 8,299 responden di seluruh Indonesia yang dilaksanakan dari 6 hingga 22 Ogos lalu secara dalam talian.
Hasil tinjauan menunjukkan sebanyak 38.3 peratus tidak bersedia divaksin.
Alasan utama mewakili 70.2 peratus adalah kerana merasakan mempunyai imun yang kuat sehingga tidak perlu divaksinasi.
Selebihnya, melibatkan 53.7 peratus responden tidak berasa yakin dengan keberkesanan vaksin dan 12.4 peratus menghidap penyakit berjangkit.
Lebih memeranjatkan apabila masih ada golongan yang tidak mempercayai vaksin.
Hal itu terbukti apabila 48.4 peratus responden menjawab selepas divaksin masih boleh dijangkiti Covid-19, sementara 41 peratus beranggapan kekebalan dapat dibentuk apabila imuniti kelompok tercapai.
Situasi itu ternyata melahirkan kebimbangan buat Juru Bicara Vaksinasi Covid-19, Kementerian Kesihatan, Siti Nadia Tarmizi kerana menjadi halangan besar dalam sosialisasi, pendidikan dan kepantasan vaksinasi.
Katanya, aspek pendidikan perlu dikukuhkan lagi disebabkan masih berlaku salah maklumat mengenai vaksin Covid-19. – AGENSI










