‘Malu’ kerana gagal kawal penjara, Zionis geledah Tebing Barat - Utusan Malaysia

‘Malu’ kerana gagal kawal penjara, Zionis geledah Tebing Barat

LUBANG yang digali enam tahanan Palestin di sebuah penjara Israel di Gilboa. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Tentera Zionis ‘menggeledah’ kebanyakan tempat di Tebing Barat bagi memburu enam warga Palestin yang melarikan diri dari penjara Gilboa, utara Israel, Isnin lalu.

Menurut laporan, tentera rejim turut menahan anggota keluarga kepada enam penduduk Palestin yang diburu itu.

Tindakan itu dilakukan sebagai ‘balas dendam’ selepas dimalukan dengan kawalan keselamatan penjara apabila penduduk Palestin yang ditahan itu mudah menggali lubang di bawah sinki di penjara berkenaan.

Menurut tentera rejim, bagi tujuan itu, penutupan kawasan di Judea dan Samaria akan dilanjutkan.

Ketua Tentera, Aviv Kohavi memutuskan untuk ‘mengukuh­kan’ kedudukan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) termasuk sejumlah pesawat memburu keenam-enam tahanan Palestin berkenaan.

Penduduk Palestin juga mengadakan demonstrasi di beberapa bandar di Tebing Barat sebagai sokongan terhadap ‘rakan’ mereka yang berjaya meloloskan diri itu.

Di Nablus, peserta demons­trasi membakar tayar ketika bertembung dengan pasukan keselamatan Israel.

Bulan Sabit Merah Palestin mengatakan lebih 60 penunjuk pe­rasaan cedera akibat gas pemedih mata.

Terdahulu, Kelab Tahanan Palestin mengatakan pasukan Israel telah menahan sekurang-kurangnya enam ahli keluarga rakyat Palestin yang melarikan diri dari penjara Gilboa.

Keenam-enam mereka meloloskan diri pada Isnin lalu melalui lubang yang mereka gali di bawah sinki di sel penjara, dilaporkan menggunakan sudu.

Tentera Israel yang menjajah Tebing Barat sejak 1967 mengesahkan ‘beberapa pe­nangkapan dilakukan’. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN