Majlis Ulama tegaskan vaksin Pfizer haram - Utusan Malaysia

Majlis Ulama tegaskan vaksin Pfizer haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Naib Ketua Dewan Halal Nasional Majlis Ulama Indonesia (MUI), Muhamad Nadratuzzaman Hosen menegaskan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech haram namun boleh digunakan kerana keadaan darurat pandemik.

“Untuk Pfizer dan AstraZeneca diketahui haram. Haram tapi boleh digunakan kerana ada keperluan dan keadaan darurat,” katanya seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Beliau berkata, fatwa lengkap mengenai vaksin Pfizer akan disiarkan kepada umum dalam waktu dekat.

Namun, keputusan soal fatwa itu sudah dikeluarkan oleh MUI sejak beberapa hari lalu.

Lebih lanjut, beliau meminta umat Islam tak perlu bimbang untuk menggunakan vaksin Pfizer.

Ia menegaskan vaksinasi merupakan upaya dan ikhtiar bersama umat Islam untuk mencegah Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya