Majikan kaya dicekup rakam pengasuh anak secara rahsia - Utusan Malaysia

Majikan kaya dicekup rakam pengasuh anak secara rahsia

RAKAMAN menunjukkan Kelly Andrea sedang tidur di biliknya di kediaman Michael Esposito. - DEREK SMITH LAW GROUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang lelaki kaya yang merupakan pemilik restoran di Amerika Syarikat (AS), ditahan polis selepas didapati memasang kamera dan merakam gambar pengasuh anaknya secara rahsia.

Lapor Daily Mail, mangsa dikenali sebagai Kelly Andrea, 25, merupakan ‘au pair’ atau pengasuh anak yang berasal dari Colombia.

Andrea menemukan kamera tersembunyi di bilik tidurnya di kediaman Michael Esposito di Staten Island.

Menurut Andrea, ketika kejadian, majikannya bergegas pulang ke rumah dan cuba memecah pintu bilik tidurnya selepas mendapat tahu dia sudah menemukan kamera berkenaan.

Bagaimanapun kata Andrea, dia sempat melompat keluar dari tingkap bilik tidurnya dan melarikan diri bersama sebuah kad memori sebagai bukti.

Andrea kemudian menghubungi polis dan menyerahkan kad memori tersebut.

KELLY ANDREA

Pemilik tiga cawangan restoran LaRosa Grill didakwa atas tuduhan jenayah mengawasi individu yang melanggar undang-undang.

Andrea menerusi tuntutan mahkamah memaklumkan dia menghabiskan masa selama ratusan jam latihan selepas diupah oleh Cultural Care Au Pair yang menghantarnya untuk bekerja di kediaman Esposito di AS.

Dia ditempatkan di kediaman Esposito bersama isterinya, Danielle untuk menjaga empat orang anak mereka.

Jelas Andrea, pada mulanya dia berasa gembira dapat mempelajari bahasa Inggeris, bekerja di AS dan diberi sebuah bilik tidur berasingan oleh keluarga Esposito.

Namun, dia menjadi curiga selepas melihat Esposito sering menyelaras alat pengesan asap di bilik tidurnya sehingga membawa kepada penemuan kamera tersembunyi itu.

Andrea mendakwa mempunyai bukti yang menunjukkan rakaman dirinya termasuk tanpa pakaian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN