Lima tahun 'diratah' bapa sendiri - Utusan Malaysia

Lima tahun ‘diratah’ bapa sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATAM: Seorang bapa tergamak merogol anak sendiri selama lima tahun ketika isterinya tiada di rumah.

Lapor Suara.com, suspek melakukan jenayah itu sejak dari 2016 ketika mangsa baru bersekolah menengah.

Ketua Polis Bintan, Tidar Wulung Dahono berkata, hasil pemeriksaan mendapati dia merogol anak sendiri sejak berusia 15 tahun sehingga mencecah 19 tahun.

Jelasnya, aksi pertama berlaku di rumahnya di Bintan Timur kerika isteri suspek tiada di rumah.

Katanya, keadaan sunyi sepi itu dimanfaatkan mangsa untuk melampiaskan nafsu serakah terhadap anak kandungnya.

“Aksi itu berlaku berulang kali sehingga tahun ini. Kes rogol itu akhirnya terbongkar 19 Ogos lalu ketika mangsa tidak tahan dengan perbuatan ayahnya dan mendedahkan kepada ibunya.

“Lalu ibunya melaporkan kes tersebut ke balai polis,” jelasnya.

Menurut Tidar, mangsa diugut oleh bapanya sendiri sehingga menyebabkan kejadian berlaku berulang kali.

Pihak polis berjaya memberkas suspek dan kes disiasat berdasarkan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2014.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya