Letupan bom ikan: Penduduk laung azan bimbang tsunami - Utusan Malaysia

Letupan bom ikan: Penduduk laung azan bimbang tsunami

Keadaan rumah mangsa yang musnah dalam letupan, dikatakan bom ikan, di Desa Gondangwetan, Pasuruan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASURUAN: Pasukan Polis Daerah Jawa Timur menyiasat kejadian letupan di sebuah rumah di Desa Gondangwetan dekat sini yang menyebabkan dua penghuninya terkorban.

Suara.com melaporkan, Timbalan Ketua Polis Pasuruan, Hery Dian Wahono berkata, pihaknya melakukan penca­rian untuk mengetahui sama ada terdapat bahan letupan lain di rumah berkenaan.

Mangsa yang terkorban adalah Mat Shodiq, 60, yang juga seorang nelayan dan anaknya, Gofar, 40.

Kejadian berlaku pagi kelmarin dan polis masih menyiasat sama ada perkara itu disebabkan oleh ledakan bom ikan.

Ledakan bom itu turut menyebabkan empat yang lain cedera termasuk bayi berusia enam bulan.

Dalam pada itu, Tempo melaporkan, mayat Mat Shodiq ditemukan di bawah runtuhan rumah tersebut manakala anaknya meninggal dunia ketika dalam perjalanan dibawa ke hospital.

Ketua Rukun Tetangga, Murtadho berkata, letupan itu didengari sangat kuat.

Jelasnya, disebabkan letupan tersebut, ada penduduk yang terkejut dan melaungkan azan, bimbang bencana besar berlaku.

“Selain itu ada juga penduduk yang kata macam gempa bumi dan lari menyelamatkan diri, takut berlaku tsunami,” katanya.

Menurutnya, beberapa rumah penduduk juga terjejas terutama rosak pada bahagian bumbung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN