Lemon gergasi seberat 2.6kg - Utusan Malaysia

Lemon gergasi seberat 2.6kg

PALINKAS memuat naik gambar memaparkan buah lemon gergasi di Instagramnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Pokok lemon yang ditanam oleh sepasang pekebun dari Fremantle, Australia Barat dilaporkan menghasilkan sebiji buah lemon gergasi sebesar saiz lengan orang dewasa.    

 Lapor Daily Mail, pasangan pekebun itu memberikan buah lemon jenis ponderosa seberat 2.6 kilogram (kg) kepada seorang cef tempatan, Melissa Palinkas.

Palinkas berkongsi beberapa gambar buah gergasi di laman Instagramnya pada minggu lalu sehingga menjadi tular di Australia. 

Dalam perkongsian itu, Palinkas juga memuat naik sekeping gambar menunjukkan perbandingan antara lemon ponderosa diterimanya dengan lemon biasa.

Menurut Palinkas, pokok yang menghasilkan buah lemon gergasi itu ditanam di kawasan belakang rumah pasangan berkenaan pada Jun lalu.

Palinkas memberitahu dia menggunakan buah itu dalam hidangan makanan salad dan membuat minuman limoncello.

“Ia sangat manis, jadi saya menggunakannya untuk membuat salad lemon ponderosa bersama buah zukini, zaitun hijau dan lemon bakar,” katanya. 

Palinkas memiliki restoran Young George Bar & Kitchen dan Ethos Deli & Dining Room di Perth.

Ponderosa merupakan kacukan antara buah sitrus dan lemon biasa.

Meskipun lemon ponderosa tidak diusahakan secara komersial, ia ditanam oleh pekebun bagi tujuan perhiasan dan boleh digunakan sebagai pengganti lemon dalam jem, pai dan resipi lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya