Lelaki pecah rekod dunia lakukan plank lebih 9 jam - Utusan Malaysia

Lelaki pecah rekod dunia lakukan plank lebih 9 jam

DANIEL Scali melakukan aksi tersebut di Adelaide. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Seorang atlet dari Australia memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan melakukan posisi senaman abdominal plank paling lama iaitu selama lebih sembilan jam.

Lapor portal UPI, Daniel Scali melakukan aksi itu di Adelaide dengan mencatatkan masa selama sembilan jam 30 minit dan satu saat.

Scali memecahkan rekod yang dipegang oleh George Hood dari Amerika Syarikat (AS) pada Februari tahun lalu.

Hood mencatatkan masa selama lapan jam 15 minit dan 15 saat.

Menurut Scali, percubaan itu tidak mudah baginya berikutan dia mengalami Sindrom Kesakitan Serantau yang Kompleks (CRPS) akibat patah tangan kirinya ketika berusia 12 tahun.

“Jadi, sindrom ini menyebabkan sebarang sentuhan, pergerakan atau terkena air, angin boleh mengakibatkan kesakitan,” kata Scali kepada Rekod Dunia Guinness.

Atlet itu turut memakai sarung mampatan pada bahagian lengan yang cedera, ketika melakukan aksi tersebut untuk membantu mengatasi kesakitannya.

“Dengan meletakkan tekanan berpanjangan pada bahagian siku, tangan dan bahu, ia menyukarkan saya pada permulaan.

“Saya dapat merasakan kesakitan dari rambut hingga ke hujung kaki.

“Kaki saya kebas malah bahagian lutut, paha dan tangan kiri mula terasa seperti `terbakar’. Namun, semua itu bernilai pada akhirnya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN