Lelaki maut semasa nyalakan mercun - Utusan Malaysia

Lelaki maut semasa nyalakan mercun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AUSTRALIA: Seorang lelaki maut dalam letupan selepas cuba menyalakan mercun di utara Tasmania.

Pihak polis mengesahkan kejadian berlaku pada waktu malam di Birralee, 40 kilometer dari Launceston.

Hasil penyiasatan awal mendapati mangsa berusia dalam lingkungan 50an, cuba menghidupkan api menggunakan silinder logam.

Namun, mercun itu tiba-tiba meletup dan mengenai bahagian dada dan bahunya.

Cubaan untuk menyelamatkan lelaki itu di tempat kejadian tidak berjaya.

Difahamkan, sekitar 100 tetamu diundang menghadiri majlis di kawasan itu.

Letupan bagaimanapun tidak mencederakan individu lain.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya