Lelaki kanibal juga ambil vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Lelaki kanibal juga ambil vaksin Covid-19

SUMANTO tersenyum ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di Jawa Tengah, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PURBALINGGA: Seorang lelaki yang mendakwa dirinya manusia kanibal dilaporkan menerima suntikan vaksin Covid-19 di keluaran Sinopharm di  Purbalingga, Jawa Tengah, baru-baru ini.

Menerusi video yang tular, lelaki tersebut dikenali sebagai Sumanto kelihatan tersenyum ketika menerima suntikan vaksin.

Petugas perubatan juga dilihat sempat meminta Sumanto mengucapkan ‘Saya Sumanto sudah divaksin’.

Sumanto sebenarnya merupakan seorang daripada penghuni Pusat Kesihatan Mental Supono Mustajab di sini.

Pada 2003, Sumanto didakwa mencuri mayat seorang nenek bernama Rinah sebelum dia memakan daging wanita warga emas itu.

Menurut petugas perubatan, Sumanto dan sejumlah lagi penghuni pusat kesihatan tersebut baru menerima suntikan dos pertama.

“Terdapat 36 penghuni di pusat kesihatan mental itu sudah  menerima suntikan dos pertama dan mereka kelihatan baik sahaja.

“Sumanto yang kelihatan paling gembira selepas menerima suntikan tersebut,” ujar petugas perubatan berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya