Lelaki dan wanita komuniti Ubang bertutur dua bahasa berbeza - Utusan Malaysia

Lelaki dan wanita komuniti Ubang bertutur dua bahasa berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Bagi masyarakat Ubang di selatan Nigeria, golongan lelaki dan wanitanya bercakap dalam bahasa yang berlainan.

Komuniti itu menganggap perbezaan itu sebagai satu ‘keistimewaan dan keberkatan dari Tuhan’.

Namun, tradisi tersebut semakin dilupakan apabila kebanyakan masyarakat di Nigeria hari ini memilih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Hampir kesemua perkataan yang digunakan adalah berbeza untuk lelaki dan perempuan, namun masyarakat Ubang tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi sesama mereka.

Golongan lelaki dan wanita Ubang saling memahami biarpun mereka bertutur dalam bahasa yang berbeza, selain anak-anak turut berpeluang mempelajari lebih satu bahasa.

Bagi kanak-kanak, mereka mula menggunakan bahasa untuk golongan masing-masing seawal usia 10 tahun.

Perkara itu juga dilihat sebagai simbol kematangan dalam masyarakat Ubang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.