Lebih 3,900 kereta kotor di Sharjah kena sita - Utusan Malaysia

Lebih 3,900 kereta kotor di Sharjah kena sita

ANGGOTA pemeriksa Majlis Perbandaran Sharjah menarik kenderaan yang kotor. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABU DHABI: Pihak berkuasa Sharjah menyita sebanyak 3,911 kenderaan yang kotor dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Langkah itu dilihat sebagai sebahagian usaha berterusan untuk meningkatkan penampilan bandar tersebut agar tidak ‘dicemari’ dengan kenderaan yang tidak bersih ketika ber­ada di jalanan.

Lapor Khaleej Times, pemilik kenderaan diberi ama­ran untuk membersihkan kereta masing-masing bagi mengelak daripada dirampas pihak berkuasa.

Majlis Perbandaran Sharjah (SCM) mengingatkan semua penduduk untuk tidak meninggalkan kereta mereka di tempat letak kendera­an berpasir yang dikenali sebagai parkir kacha.

“Kenderaan terbengkalai itu amat menyakitkan mata dan menjejaskan penampilan bandar ketika ia menjadi kotor,” jelas SCM.

Anggota pemeriksa juga merampas kenderaan yang tidak mempunyai plat nombor.

Ketua jabatan kawalan kebersihan bandar di SCM, Mohammed Al Kaabi berkata, pihaknya mengadakan program kesedaran secara kerap untuk mencegah orang ramai mengabaikan kenderaan

mereka dan meninggalkannya di kawasan dan jalan yang kotor.

Mohammed juga menggesa penduduk menjaga dan membersihkan ken­deraan mereka bagi mengelakkan daripada dikenakan denda dan dirampas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN