Latihan tentera besar-besaran Rusia bimbangkan Ukraine - Utusan Malaysia

Latihan tentera besar-besaran Rusia bimbangkan Ukraine

HOVERCRAFT terbesar dunia, Zubr-class LCAC ketika latihan ketenteraan Rusia di Laut Baltik. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin turun padang menyaksikan latihan ketente­raan terbesar termasuk kelengkapan kapal hovercraft terbesar dunia, Zubr-class LCAC di Kaliningrad, sempadan negara dengan Kesatuan Eropah.

Latihan itu melibatkan seramai 2,000 anggota tentera dan lebih 200 kelengkapan tentera sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap Ukraine, lapor Daily Mail.

Latihan ketenteraan itu melibatkan penyertaan negara lain seperti Belarus, Armenia, India, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Mongolia.

GABUNGAN operasi ketenteraan di darat dan udara sempena latihan ketenteraan Rusia. – AFP

Latihan melibatkan sembilan kawasan di Rusia termasuk di Laut Baltik dan lima kawasan di Belarus yang menjadi tuan rumah latihan ketente­raan bersama.

Rakaman gambar menunjukkan kelengkapan ketenteraan terbesar mendarat di perairan itu melibatkan armada Baltik dan Zubr-class LCAC.

Kapal Hovercraft itu merupakan unit pertahanan yang melakukan serangan ke kawasan pantai serta dapat mengangkut dan menanam periuk api.

Buat masa ini, hanya 10 kapal hovercraft yang masih aktif melibatkan dua kepunyaan tentera Rusia, empat milik tentera Greece dan empat lagi tentera China.

Dalam rakaman video lain, dapat dilihat helikopter tempur Rusia beraksi dalam latihan berskala besar Zapad-2021 melibatkan 200,000 tentera yang bertujuan mempamerkan kesediaan tentera Rusia ke negara Barat dan negara jiran, Ukraine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya