Lagi pendatang haram Myanmar ceroboh sempadan ditahan  - Utusan Malaysia

Lagi pendatang haram Myanmar ceroboh sempadan ditahan 

PIHAK polis menyemak dokumen dan menyoal siasat kesemua warga Myanmar yang menceroboh sempadan negara. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANCHANABURI: Seramai 47 warga Myanmar dan empat penunjuk arah ditahan selepas didakwa merentas sempadan di daerah Sai Yok, Thailand secara haram awal pagi tadi.

Tangkapan itu dimaklumkan oleh Komando Tugas-Tugas Khas Lat Ya, Kolonel Yuthana Meecharoen, lapor Bangkok Post.

Jelasnya, kesemua individu itu ditemukan di sebalik pokok berhadapan masjid di Kampung Thai Muang di Bong Ti, kira-kira pukul 6 pagi oleh pihak polis.

Katanya, tangkapan melibatkan seramai 28 lelaki dan 19 wanita yang dipimpin oleh penunjuk arah lelaki dari Dawei dan Bago, Myanmar ke sempadan Thailand.

“Mereka merentas sempadan di kampung itu, sementara menunggu kenderaan yang akan membawa mereka ke Bangkok dan Nakhon Pathom dengan harapan bakal mendapat pekerjaan.

“Mereka perlu membayar 14,000 ke 25,000 baht (RM1,759-RM3,141) kepada broker kerja semasa tiba di destinasi tersebut,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN