Krisis air di Turki akibat kemarau - Utusan Malaysia

Krisis air di Turki akibat kemarau

PEMANDANGAN pelabuhan yang pernah dikelilingi air di Tasik Iznik di Bursa, barat laut Turki.– ANADOLU AGENCY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISTANBUL: Musim kemarau yang diburukkan lagi dengan perubahan iklim dilaporkan terus mengancam beberapa kawasan perairan di Turki.

Tasik Iznik yang merupakan tasik air tawar paling besar di negara ini serta Sungai Tunca yang melintasi Bulgaria dan Turki, menjadi ‘mangsa terbaharu’ ancaman tersebut.

Meskipun, isu kekurangan air di dua kawasan tersebut tidak begitu drastik seperti di tempat lain, namun ia sudah mencukupi untuk menimbulkan kebimbangan negara yang kini berdepan krisis bekalan air.

Tasik Iznik terletak di wilayah barat laut Bursa.

Meskipun, musim kemarau biasa melanda kawasan itu pada waktu ini, namun, beberapa pakar berpandangan keadaannya bertambah buruk sejak kebelakangan ini.

Malah, beberapa bahagian di tasik itu didapati air semakin surut sekitar 30 meter ke pantai.

Permintaan tinggi untuk pengairan merupakan antara punca penyusutan paras air di tasik itu yang memiliki kedalaman 65 meter dan mempunyai hampir 27 spesies hidupan akuatik.

Pulau-pulau kecil di seluruh tasik itu menunjukkan betapa parahnya keadaan dengan pelabuhan menjadi kosong dan bot nelayan tidak kelihatan di kawasan tanah kering.

Malah, runtuhan sebuah gereja yang dibina 1,500 tahun lalu dapat dilihat semula setelah tenggelam beberapa abad lalu.

Timbalan Pengarah Koperasi Nelayan di Iznik, Inanç Delikanlı berkata, isu kekurangan air merupakan perkara biasa, namun pada tahun ini krisis tersebut bertambah buruk.

“Kami menjangka paras air akan naik semula dengan taburan hujan,” katanya kepada Agensi Anadolu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.