Korban Taufan Ida meningkat 50 orang - Utusan Malaysia

Korban Taufan Ida meningkat 50 orang

BARANGAN dan perabot rosak akibat banjir di kawasan kejiranan Flushing di Queens, bandar New York. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW ORLEANS: Jumlah kematian akibat Taufan Ida, yang melanda timur laut Amerika Syarikat (AS) meningkat kepada sekurang-kurangnya 50 orang.

Lapor Al Jazeera, pihak berkuasa di selatan Louisiana pula sedang berusaha memulihkan semula bekalan elektrik yang terputus akibat taufan itu sehingga menjejaskan ratusan ribu penduduk.

Menurut jurucakap bagi Gabenor Kathy Hochul, seramai 17 orang disahkan meninggal dunia di New York.

Jelasnya, empat kes kematian dilaporkan di Westchester County dan bakinya di bandar New York.

Hampir semua mangsa yang terjejas akibat taufan itu di bandar New York dilaporkan terperangkap di tingkat bawah tanah pangsapuri.

Taufan yang membawa hujan lebat menjejaskan premis perniagaan, pengangkutan awam dan kira-kira 1,200 rumah yang melibatkan kerugian lebih AS$50 juta (RM207 juta).

“Angka korban sangat besar. Malah, seorang warga emas menangis kerana kehilangan semua setelah tinggal di rumahnya lebih 40 tahun,” kata gabenor yang mengunjungi East Elmhurst di Queens, bandar New York untuk menilai kerosakan akibat bencana itu.

Di New Jersey, seramai 27 orang maut dan empat lagi masih hilang akibat bencana itu.

Menurut jurucakap bagi Gabenor Phil Murphy, lebih banyak kematian dilaporkan di Connecticut, Pennsylvania dan Maryland.

Taufan Ida yang melanda Louisiana sebagai ribut kategori empat pada 29 Ogos lalu mengakibatkan pokok dan tiang elektrik tumbang sehingga jutaan penduduk terpaksa bergelap disebabkan bekalan elektrik terputus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya