Konon 'tak bahagia dengan isteri', bapa sanggup rogol dua anak kandung - Utusan Malaysia

Konon ‘tak bahagia dengan isteri’, bapa sanggup rogol dua anak kandung

TERTUDUH (berbaju oren) ketika dibawa ke sidang akhbar selepas didakwa melakukan tindakan tidak senonoh terhadap dua anak kandungnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 41 tahun dari Gedongtengen, Yogyakarta ditahan di Merdikorejo, Sleman kerana didakwa melakukan pencabulan dan merogol dua anak kandungnya.

Tribun News melaporkan, kedua-dua anaknya, masing-masing berusia 18 dan 16 tahun.

Jenayah tersebut telah dilakukannya sejak lapan tahun lalu.

Ketua Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-Kanak, Polis Daerah Sleman, Iptu Yunanto Kukuh Prabowo berkata, pencabulan dan rogol oleh lelaki tersebut kepada dua anak gadisnya dilakukan sejak 2013.

Menurutnya, ini ketika kedua anaknya masih di kelas 4 dan 5 Sekolah Dasar (SD).

“Awalnya, suspek memeluk mangsa, meraba kemaluan dan kemudian merogolnya.

“Kejadian berlaku ketika isterinya sedang bekerja,” katanya.

Jelas beliau, mangsa juga dipukul dan ditendang agar tidak melaporkan perkara tersebut kepada ibu mereka.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami trauma.

“Keterangan dari anak yang kecil, hampir setiap hari dirogol oleh bapanya. Paling teruk, ketika anaknya yang paling tua sudah berkahwin dan tinggal dalam satu rumah, kejadian sama kerap dilakukan.

“Kes terbongkar pada awal bulan ini selepas mangsa memberontak akibat tidak tahan dan trauma.

“Anaknya yang sudah berkahwin itu melaporkan hal tersebut kepada suaminya. Suspek ditahan 12 September lalu,” katanya.

Berdasarkan keterangan, suspek mengakui kesilapan dan ketika itu mahu mencari kepuasan dengan ‘harga yang murah’.

Malah dia melakukan perbuatan terkutuk itu kerana ‘tidak bahagia dengan isteri’.

Suspek berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN