Kelemahan iPhone yang ramai pengguna tidak perasan - Utusan Malaysia

Kelemahan iPhone yang ramai pengguna tidak perasan

APPLE menggalakkan pengguna memakai pelekap getaran yang dapat meminimumkan risiko kerosakan iPhone. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Apple menggesa semua pengguna telefon pintar jenama itu supaya tidak meletakkan iPhones di atas motosikal atau kenderaan lain kerana gegaran amplitud tinggi dapat merosakkan sistem kamera telefon pintar dari semasa ke semasa. 

Syarikat gergasi teknologi itu mengeluarkan amaran tersebut Sabtu lalu dengan menjelaskan lensa kamera iPhone dengan sistem operasi iOS atau fokus auto yang unik (AF) akan mudah rosak.

Situasi itu disebabkan oleh sensor magnetik yang membantu mengimbangi pergerakan dan getaran semasa merakam foto atau video.

Kerosakan itu dialami oleh seorang pengguna, James Chadbourne yang mendapati gegaran yang amat teruk pada iPhone.

“Semasa berkonvoi naik motosikal sejauh 12 kilometer, saya fikir sudah menyebabkan kamera IPhone terbakar. Reka bentuk amat teruk,” katanya dalam Twitter.

Disebabkan itu, Apple menggalakkan pengguna memakai pelekap getaran yang dapat meminimumkan risiko kerosakan.

Masalah itu dialami oleh banyak model bermula dengan iPhone 6 Plus, iPhone 6s Plus, iPhone 7, iPhone XS dan iPhone SE 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya