Kebakaran hutan punca pelepasan CO2 tinggi - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan punca pelepasan CO2 tinggi

KEBAKARAN hutan di Pulau Euboea, Greece. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Kebakaran hutan yang berlaku di Siberia, Amerika Utara dan sekitar Mediterranean menyebabkan tahap pelepasan gas karbon dioksida (CO2) yang tinggi semasa musim panas ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Perkhidmatan Pemantauan Atmosfera Copernius (CAMS).

Di peringkat global, kebakaran hutan menyebabkan pelepasan lebih 2.5 bilion tan karbon dioksida ke udara, Julai dan Ogos lalu.

Jumlah itu bersamaan tahap pelepasan tahunan dari semua sumber di India.

Menurut CAMS, lebih separuh pelepasan karbon dioksida, Julai lalu berpunca daripada kebakaran hutan di Amerika Utara dan Siberia.

Gelombang panas, kemarau dan kekurangan tanah lembap diburukkan lagi dengan pemanasan global menyumbang kepada kebakaran yang tidak pernah berlaku di negara dari tiga benua itu.

Malah, kebakaran di kawasan Lingkaran Artik juga membebaskan kira-kira 66 juta tan karbon dioksida dari tempoh Jun hingga bulan lalu.

Hampir satu bilion tan pelepasan karbon dioksida dari Rusia bagi tempoh sama.

“Apa yang luar biasa adalah jumlah kebakaran, saiz kawasan yang terbakar serta intensiti dan
kekerapan kebakaran,” kata saintis di CAMS, Mark Parrington.

Menurut perkhidmatan pemantauan berasaskan satelit, kebakaran yang mula melanda timur laut Siberia sejak Jun lalu hanya kembali pulih akhir Ogos dan awal bulan ini.

Jelas CAMS, kadar pelepasan gas karbon dioksida bagi wilayah itu dari Jun hingga Ogos lalu dilaporkan hampir dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya