fbpx

22 Oktober 2021, 6:12 pm

  TERKINI

Kanak-kanak trauma dicabul 10 lelaki bertopeng

IBU mangsa menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung insiden menimpa anaknya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEDAN: Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik hitam dalam hidupnya apabila dicabul 10 lelaki bertopeng dalam sebuah kenderaan, di sini baru-baru ini.

Lapor Kompas.com, kanak-kanak malang itu juga dicucuh dengan api rokok dan diugut untuk dikelar dengan pisau sebelum dia ditendang keluar dari kenderaan tersebut.

Menurut polis, kejadian itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut keluar pergi ke kedai berhampiran rumahnya di Medan Amplas pada Isnin lalu.

Ketika dalam perjalanan, beberapa lelaki menghampiri kanak-kanak itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kenderaan sebelum mencabulnya.

Insiden yang menimpa mangsa hanya diketahui selepas ibunya mendapati kanak-kanak itu murung, kelihatan takut dan tidak mahu makan.

“Setelah dipujuk beberapa kali, akhirnya kanak-kanak itu memberitahu dia menjadi mangsa cabul oleh 10 lelaki dalam sebuah kenderaan.

“Kanak-kanak itu beritahu, dia dicabul secara bergilir-gilir oleh kesemua suspek yang mengenakan topeng,” kata polis.

Sehubungan itu, polis akan melakukan siasatan dan memburu kesemua suspek yang terlibat.

Dalam pada itu, ibu mangsa yang hanya dikenali sebagai PA memberitahu, anaknya mengalami trauma yang teruk.

“Saya risau dengan keadaannya. Dia tidak mahu makan, tidak mahu bercakap, selain hanya termenung.

“Namun, keadaannya mulai stabil selepas kami mendapatkan khidmat pakar psikologi. Saya berharap ada keadilan untuk anak saya,” ujarnya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI