Kanak-kanak dipatuk, 'dibelit' ular tedung pada leher - Utusan Malaysia

Kanak-kanak dipatuk, ‘dibelit’ ular tedung pada leher

PURVI Gadkari sedang tidur ketika kejadian. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun di India dilaporkan masih hidup selepas dipatuk dan dibelit ular tedung pada bahagian lehernya selama dua jam.

Lapor NDTV, kejadian mengejutkan itu berlaku di kampung Wardha, Maharashtra.

Dilaporkan, kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Purvi Gadkari sedang tidur ketika kejadian.

Rakaman video yang menunjukkan mangsa dalam keadaan dibelit ular berbisa itu pada bahagian lehernya menjadi tular di laman media sosial.

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat sedang tidur dan seekor ular tedung secara tiba-tiba menjalar di atas badannya.

Ular tedung itu kemudian mematuk bahagian tangan mangsa.

Dalam video tersebut, kanak-kanak itu dilihat mendengar nasihat ibu bapanya dan baring tanpa melakukan sebarang pergerakan selama hampir dua jam.

Purvi juga diminta untuk bertenang dan tidak panik ketika ular tedung itu membelit lehernya.

Mangsa kemudian dipatuk ular sekali lagi di bahagian tangannya sebelum meninggalkan kanak-kanak tersebut.

Purvi dikejarkan ke hospital berhampiran dan dirawat selama empat hari.

Kanak-kanak perempuan itu berjaya diselamatkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya