Jururawat wanita Islam lega dapat pakai tudung - Utusan Malaysia

Jururawat wanita Islam lega dapat pakai tudung

BEBERAPA kakitangan perubatan berjalan ke bangunan Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit (NCID) di Hospital Tan Tock Seng di Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Jururawat wanita beragama Islam di Singapura menyambut baik langkah kerajaan yang membenarkan golongan itu memakai tudung dengan pakaian seragam mereka bermula November ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri, Lee Hsien Loong dalam ucapan di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada Ahad lalu.

Lapor Channel News Asia, seorang jururawat wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Wati berasa lega dengan pengumuman tersebut.

“Sudah lama kami meminta perkara ini, saya kini berasa lega malah saya juga menjadi emosi sehingga menitiskan air mata selepas mendengar berita gembira itu,” kata jururawat berusia 36 tahun yang bekerja di Hospital Umum Singapura selama 16 tahun.

Menurut Wati, dia tidak pernah menjangkakan perkara itu bakal dilaksanakan kerana sudah hampir hilang harapan untuk memakai tudung di tempat kerja.

Wati sebelum ini terpaksa memakai tudung ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan kemudian membukanya serta mengenakan semula selepas tamat waktu bekerja.

Seorang lagi jururawat, Aishah Sulaiman, 33, berasa amat gembira dengan pengumuman kerajaan membenarkan pemakaian tudung dengan seragam mereka.

“Ini bukan halangan bagi saya untuk menjalankan tugas namun dengan dapat memakai tudung, ia akan menjadikannya lebih mudah,” katanya yang bekerja di sebuah hospital swasta.   

Aishah percaya ramai jururawat wanita Islam di Singapura menantikan berita gembira itu terutamanya apabila dapat melihat pekerja kesihatan di negara lain mengenakan tudung ketika bekerja.  

Dalam pada itu, beberapa hospital dan penyedia penjagaan kesihatan swasta memaklumkan mereka juga akan mengikut perubahan yang dilaksanakan di sektor kesihatan awam.

“Sebagai penyedia penjagaan kesihatan swasta terbesar di negara ini, kami akan membenarkan jururawat wanita beragama Islam dan pekerja kesihatan di sektor swasta memakai tudung sebagai tambahan pakaian seragam mereka,” kata Pengarah Kejururawatan di IHH Healthcare Singapura, Josephine Ong. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya