Jumlah mangsa cikgu pondok cabul murid lelaki jadi 26 orang - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa cikgu pondok cabul murid lelaki jadi 26 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jumlah mangsa kes cabul melibatkan guru pondok pesantren di Ogan Ilir, Sumatera Selatan yang terbongkar sejak Selalu lalu, dilaporkan bertambah.

CNN Indonesia melaporkan, berdasarkan hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Umum Polis Sumatera Selatan, ketika ini diketahui jumlah mangsa kes pedofilia itu seramai 26 orang, sebelumnya cuma 12 orang murid.

Pengarah Jenayah Polis Sumatera Selatan, Hisar Siallagan menjelaskan, pihaknya telah membuat pos aduan mengenai kes tersebut kerana meramalkan akan ada lagi mangsa tampil membuat aduan.

Jelasnya, setakat ini ada tambahan 14 mangsa yang ditemani keluarga tampil membuat aduan atas kes cabul berkenaan.

“Hingga kini, jumlah mangsa yang diketahui adalah 26 kanak-kanak. Dari 26 orang, 11 daripadanya diliwat. Sementara yang lain dianiaya,” kata Hisar.

Semalam, polis menahan seorang guru sekolah pondok selepas didakwa mencabul 12 murid bawah umur.

Kes itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa membuat laporan polis.

Berdasarkan keterangan saksi, enam orang mendakwa diliwat manakala lainnya dicabul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN