Jangkitan Covid-19 di Indonesia menurun kepada 2,577 kes - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-19 di Indonesia menurun kepada 2,577 kes

SEORANG wanita menerima suntikan vaksin Covid-19 di hospital di Depok, Jawa Barat, Indonesia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia terus mencatatkan penurunan jangkitan Covid-19 dengan 2,577 kes berbanding semalam, 3,779 kes.

CNN Indonesia melaporkan, jumlah itu merupakan yang terendah dicatatkan dalam tempoh empat bulan ini.

Jumlah kes baharu yang paling rendah dicatatkan pada 15 Mei lalu dengan 2,385 kes.

Kes positif mulai meningkat pada Jun dan mencapai puncaknya pada Julai lepas.

Berdasarkan data Pasukan Petugas Covid-19, kes tertinggi direkodkan pada 15 Julai dengan 56,757 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN