DUBAI: Taliban melarang tukang gunting rambut di wilayah Helmand, Afghanistan daripada mencukur janggut pelanggan.
AFP melaporkan, perkara itu melanggar undang-undang Islam menurut tafsiran mereka.
Mereka yang melanggar undang-undang itu akan dihukum.
Selain Helmand, tukang gunting rambut dekat Kabul juga mendakwa menerima arahan sama.
Terdahulu, Taliban melalui Menteri Pertahanan, Mullah Mohammad Yaqoob melarang anggota Taliban daripada berkongsi gambar-gambar swafoto dalam media sosial.










