'Jangan ajar ilmu 20 tahun lalu' - Utusan Malaysia

‘Jangan ajar ilmu 20 tahun lalu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) mengkritik pihak universiti yang masih terkebelakang kerana masih mengajar ilmu-ilmu 20 tahun lalu kepada mahasiswa. 

Bahkan, katanya, ilmu yang diajarkan semester lalu sudah tidak relevan di semester berikutnya, lapor Liputan 6.

Oleh itu, beliau meminta para rektor agar cepat beradaptasi dengan perubahan ilmu pengetahuan. 

Jokowi turut mengingatkan para rektor meningkatkan kemahiran teknologi dalam menghadapi ilmu baharu. 

“Ilmu sekarang ini cepat berubah. Sekarang mungkin anda sekalian memberikan kuliah mata pelajaran mengenai A, semester depan mungkin sudah tidak relevan lagi ilmu A itu.

“Apatah lagi yang diajarkan masih ilmu 20 tahun lalu. Inilah yang berlaku dan kita perlu mengakuinya,” katanya semasa mesyuarat bersama Canselor Universiti Indonesia.

Dalam pada itu, Jokowi menekankan kepentingan mempelajari ilmu baharu kepada rektor, pensyarah dan mahasiswa. 

Jelasnya, pihak universiti mempunyai tanggungjawab menghasilkan kecemerlangan pelajar termasuk aspek mempunyai keperibadian yang baik serta fizikal dan mental yang sihat.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN