Ibu menyesal terpengaruh dakyah anti vaksin - Utusan Malaysia

Ibu menyesal terpengaruh dakyah anti vaksin

SEORANG ibu koma dan dirawat di sebuah hospital di Gloucestershire. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita menyesal dengan tindakan menolak suntikan vaksin akibat terbaca teori konspirasi golongan anti vaksin secara dalam talian.

Ibu enam anak yang pernah bertarung nyawa di hospital mengaku dia rasa ‘bodoh’ dengan tindakan itu selepas terpengaruh dengan agenda anti vaksin yang mempengaruhi dirinya.

Emily Burrows, 47, menghidap pelbagai sklerosis merayu kepada pasukan perubatan supaya memberikan dirinya suntikan vaksin selepas dia jatuh sakit.

Sklerosis adalah keadaan apabila organ, tisu dan salur darah menjadi keras.

Wanita yang berasal dari Forest of Dean, Gloucestershire, bagaimanapun sudah terlewat untuk mendapatkan vaksin selepas dia perlu bergantung kepada mesin ventilator untuk terus hidup.

Burrows terpaksa menghabiskan masa selama dua minggu dalam keadaan koma dan menjadi sangat lemah sehingga tidak mampu mengangkat tangan sendiri selepas sembuh.

Wanita itu memaklumkan, dia sebenarnya tidak pernah menolak untuk mendapatkan vaksin.

Namun, selepas membaca mesej anti vaksin dalam media sosial, dia mula mengubah pendirian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN