BEIRUT: Perdana Menteri Lubnan, Najib Mikati akan mengadakan mesyuarat di Istana Presiden hari ini, satu tindakan yang dilihat bakal menyelesaikan masalah pembentukan Kabinet.
Najib dijangka bertemu Presiden Michel Aoun pada pukul 1.30 petang waktu tempatan, jelas sumber kerajaan kepada AFP.
Laman web berita The Lebanon 24 yang dimiliki Najib melaporkan, pemimpin itu menegaskan kerajaan baharu akan diumumkan tidak lama lagi.
Najib yang menjadi Perdana Menteri kali kedua merupakan bilionair.
Lubnan dikendalikan oleh pemerintah sementara sejak 10 Ogos 2020 ketika Perdana Menteri Hassan Diab dan Kabinetnya mengundurkan diri secara beramai-ramai berikutan letupan maut di pelabuhan Beirut.
Lubnan tidak lagi dapat menyediakan tenaga elektrik kepada warganya selama lebih beberapa jam sehari, juga tidak mampu membeli bahan bakar yang diperlukan untuk penjana tenaga.










