LONDON: Satu laporan mendedahkan hampir satu pertiga daripada jumlah spesies pokok di dunia ini diancam kepupusan.
Menurut laporan yang dikeluarkan Konservasi Taman Botanik Antarabangsa (BGCI), ratusan lagi spesies pokok berada diambang kemusnahan.
Jelas laporan itu, sebanyak 17,500 spesies pokok atau 30 peratus daripada jumlah keseluruhan spesies pokok berisiko pupus.
“Sebanyak 440 spesies mempunyai kurang daripada 50 habibat alam semula jadi yang tinggal,” jelas laporan itu.
Tambah laporan itu, secara keseluruhannya, bilangan spesies pokok yang terancam adalah dua kali ganda berbanding gabungan kumpulan spesies mamalia, burung, amfibia dan reptilia yang terancam.
“Laporan ini merupakan peringatan kepada semua masyarakat dunia bahawa isu spesies pokok ini memerlukan perhatian,” kata Setiuasaha Agung, BGCI, Paul Smith menerusi kenyataan.
Menurut BCGI, antara spesies pokok berisiko termasuk magnolias dan dipterocarps yang biasanya ditemukan di hutan di Asia Tenggara. – REUTERS