Guru dilantik jadi pengetua ‘sekolah tak wujud’ - Utusan Malaysia

Guru dilantik jadi pengetua ‘sekolah tak wujud’

TANGKAP layar Instagram anak mangsa berkenaan pelantikan ibunya sebagai pengetua sekolah yang tidak wujud. - INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI: Seorang guru di Minahasa Utara berasa tertipu selepas dilantik menjadi pengetua di Sekolah Dasar Negeri (SDN) Kecil Warukapas, namun sekolah tersebut sebenarnya tidak wujud.

Lapor Kompas.com, perkara itu diceritakan anak kandung mangsa, Azam Alfarizi Wonggo dalam Instagram miliknya.

“Masalahnya di sini, sekolah tersebut langsung tiada dalam daerah Warukapas, Dimembe dan perkara itu sudah disemak dengan ketua kampung tersebut.

“Keluarga kami mahukan keadilan kerana ini jelas satu bentuk penghinaan kepada golongan guru. Kami meminta pihak kerajaan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin ,” katanya.

Menurut Azam, mereka sekeluarga membantah tindakan itu dan berusaha mencari penjelasan pihak berkaitan.

Mereka sekeluarga bertambah terkejut apabila Agensi Pegawai Minahasa Utara turut mengakui tentang sekolah yang tidak wujud itu.

Disebabkan itu, wanita itu terpaksa menunggu tempoh dua ke tiga bulan bagi pelantikan seterusnya.

Dalam pada itu, Ketua Pejabat Pendidikan Minahasa Utara, Olfy Kalengkongan menjelaskan pelantikan guru itu sebagai pengetua sekolah memang benar.

Namun, berhubung sekolah yang ditugaskan, Olfy akan berhubung dengan Agensi Latihan, Pendidikan dan Pegawai bagi menyelesaikan isu tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya