Guna jerat aliran elektrik nak elak babi perosak kebun, jiran pula 'masuk perangkap' dan maut - Utusan Malaysia

Guna jerat aliran elektrik nak elak babi perosak kebun, jiran pula ‘masuk perangkap’ dan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGKULU: Seorang penduduk, dinamakan sebagai MTR, di Desa Keban Agung dekat sini, ditahan polis kerana jerat dengan arus elektrik yang dipasang untuk ‘membunuh’ babi hutan menyebabkan kematian jirannya.

Detik melaporkan, jirannya, Bahori yang meninggal dunia dalam kejadian pada Sabtu lalu.

“Saya memasang jerat itu. Biasanya setiap pukul 9 pagi pagi, jerat saya matikan, namun hari itu saya lupa mematikan jerat, yang membuatkan Bahori meninggal,” kata MTR di pejabat polis hari ini.

MTR mengatakan, selama ini kebun ubi kayu miliknya kerap dimasuki babi.

Oleh sebab itu, dia memasang jerat di kebun untuk menjerat babi yang masuk dan merosakkan tanaman.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis, Welliwanto Malau berkata, pelaku awalnya ingin menjerat babi di kebun ubi kayu miliknya.

“Namun yang terkena jerat babi adalah jirannya yang tidak sengaja menginjak jerat elektrik berkuasa tinggi itu,” katanya.

Beliau berkata, sudah menjadi kebiasaan warga di Kepahiang memasang jerat menggunakan aliran elektrik di dalam kebun mereka untuk menjerat babi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya