Grenfell Tower bakal dirobohkan? - Utusan Malaysia

Grenfell Tower bakal dirobohkan?

ANGGOTA bomba memberikan penghormatan kepada mangsa kebakaran Grenfell Tower di barat London.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Grenfell Tower di Kensington bakal dirobohkan selepas kondominium yang pernah mengalami kebakaran sehingga meragut nyawa seramai 72 orang, empat tahun lalu, menimbulkan keresahan orang ramai. 

Lapor Daily Mail, menteri bertanggungjawab dilaporkan bakal mengumumkan perobohan menara itu selepas sebuah laporan mendakwa binaan itu menimbulkan risiko keselamatan terhadap kawasan di sekitarnya. 

Menteri Perumahan, Robert Jenrick turut memberi amaran mengenai bangunan yang menimbulkan risiko kepada sebuah sekolah menengah, Kensington Aldridge Academy yang mempunyai seramai 1,200 pelajar. 

Menurut laporan Kementerian Perumahan, Komuniti dan Kerajaan Tempatan (MHCLG), seorang jurutera perunding, Atkins berkata, menara itu seharusnya dimusnahkan secepat mungkin, selewat-lewatnya bermula Mei tahun hadapan. 

Dalam pada itu, jurucakap MHCLG berkata, pihaknya memahami betapa penting dan sensitifnya keputusan itu, namun belum terdapat keputusan muktamad berhubung perkara itu. 

“Kami mengikuti nasihat keselamatan bebas yang penting dari jurutera struktur sertai menjalinkan hubungan erat dengan masyarakat kerana kami mempertimbangkan bukti, masalah keselamatan dan masa depan Grenfell Tower,” katanya.

Namun, langkah itu tidak dapat memadamkan kontroversi terhadap keluarga mangsa yang terkorban dalam kebakaran tersebut. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya