‘Giring perlu tunjukkan sikap baik’ - Ahmad Riza - Utusan Malaysia

‘Giring perlu tunjukkan sikap baik’ – Ahmad Riza

NAIB Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria – REPUBLIKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Naib Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria menasihatkan pemangku Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat Parti Solidaritas Indonesia (PSI), Giring Ganesha untuk berhati-hati dan menggunakan kata-kata yang sopan.

Ahmad Riza memberi maklum balas mengenai beberapa dakwaan Giring termasuk menuduh Gabenor Jakarta, Anies Baswedan sebagai pembohong.

“Jangan saling menyalahkan antara satu sama lain,” kata Ahmad Riza ketika ditemui pemberita di Dewan Bandaraya, Jakarta.

Menurut Ahmad Riza, sebagai generasi muda dan memegang jawatan penting parti, Giring perlu menunjukkan sikap yang baik.

“Golongan muda harus menunjukkan sikap baik malah tutur kata dan tindakan juga mesti sama,” katanya.

Justeru, beliau menggesa semua pihak bekerjasama untuk membangunkan negara dan
mengelakkan daripada membuat tuduhan antara satu sama lain.

“Anda tidak boleh menyalahkan orang lain, apatah lagi saling menuduh. Saya rasa itu tindakan yang kurang bijak yang dilakukan oleh pemimpin PSI,” katanya.

Semalam, Giring mendakwa Anies selalu menunjukkan sikap kepedulian terhadap penderitaan rakyat semasa Covid-19 hanya di depan media.

Justeru, Giring mengajak orang ramai menilai keprihatinan Anies ketika membelanjakan wang rakyat semasa wabak tersebut.

Sementara itu, seorang penganalisis politik dari Universiti Al Azhar Indonesia (UAI), Ujang Komarudin menyifatkan kenyataan Giring sebagai usaha PSI meraih publisiti. – REPUBLIKA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya