Fumio Kishida bakal jadi Perdana Menteri Jepun - Utusan Malaysia

Fumio Kishida bakal jadi Perdana Menteri Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Fumio Kishida memenangi Pilihan Raya Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan bakal menggantikan Perdana Menteri, Yoshihide Suga.

LDP merupakan parti yang memerintah Jepun dan Pilihan Raya Umum dijangka berlangsung November depan.

Kishida, 64, merupakan bekas Menteri Luar memperoleh sebanyak 257 undi pada pusingan akhir sekali gus mengatasi pencabarnya, Taro Kono yang meriah 170 undi.

Semasa pusingan pertama pengundian, Kishida memperoleh 256 undi, manakala, Kono meraih 255 undi.

Dua calon wanita iaitu bekas Menteri Perhubungan, Sanae Takaichi dan pemangku Setiausaha Agung Eksekutif LDP, Seiko Noda tewas dalam kesemua pusingan.

Memandangkan gabungan yang diketuai LDP membentuk majoriti di kedua-dua dewan Parlimen, presiden baharu parti hampir pasti dipilih sebagai Perdana Menteri dalam sidang Parlimen luar biasa yang dijadualkan 4 Oktober depan.-AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN