Duta Jerman di China meninggal dunia - Utusan Malaysia

Duta Jerman di China meninggal dunia

ANGELA MERKEL dan penasihat polisi luar, Jan Hecker (kiri) semasa menghadiri majlis secara maya di Berlin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Duta Jerman di China, Jan Hecker dilaporkan meninggal dunia selepas dua minggu memegang jawatan itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat luar Jerman dan punca kematian belum dikenal pasti.

Hecker, 54, adalah penasihat polisi luar kepada Canselor Jerman, Angela Merkel yang memegang jawatan itu pada 24 Ogos lalu.

“Negara menzahirkan kesedihan terhadap berita kematian Duta Jerman di China,” kata pejabat itu dalam laman web rasmi.

Jurucakap kedutaan enggan memberikan sebarang komen kepada Reuters.

Hecker dilaporkan kelihatan ‘gembira dan baik’ semasa dia mengendalikan majlis melibatkan artis Jerman, Joseph Beuys di Beijing, Jumaat lalu, menurut seorang tetamu majlis itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN