KOHLER, WISCONSIN: Pelakon Harry Potter, Tom Felton dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan rebah ketika kejohanan golf saingan selebriti, Ryder Cup di lapangan Whistling Straits, Sheboygan dekat sini.
Pelakon berusia 34 tahun itu terpaksa dibawa menggunakan ‘buggy’ ke tepi lapangan selepas rebah pagi semalam.
Felton yang membawa watak Draco Malfoy dalam siri francais filem Harry Potter, dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.
Ketika membintangi filem Harry Potter, Felton ketika itu berusia 14 tahun dan kemudiannya terus mencipta nama dalam perfileman.











