Denda RM1,129 jika berkumpul di lokasi kemalangan - Utusan Malaysia

Denda RM1,129 jika berkumpul di lokasi kemalangan

INDIVIDU merakam dan berkongsi video kemalangan akan dikenakan hukuman penjara dan didenda. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Pihak berkuasa di Abu Dhabi mengeluarkan notis pe­ringatan baharu yang memberi amaran kepada orang ramai agar tidak berkumpul di lokasi kemalangan.

Lapor Khaleej Times, den­da 1,000 dirham (RM1,129) akan dikenakan jika mereka berbuat demikian.

Jelas notis itu, tindakan berkumpul di sekitar lokasi kemalangan menghalang ken­deraan kecemasan seperti polis trafik dan ambulans.

Keputusan tersebut dibuat selepas polis Abu Dhabi berkongsi video di laman media sosial yang memaparkan pemandu kenderaan berkumpul di lokasi kemalangan membabitkan dua kereta.

Klip video itu menunjukkan orang ramai parkir kenderaan mereka dalam keadaan tidak teratur sehingga menghalang lalu lintas.

Rakaman itu juga memaparkan pejalan kaki di kawasan tersebut merakam gambar insiden kemalangan itu.

Polis menegaskan mana-mana individu yang merakam dan berkongsi video kemala­ngan juga akan dikenakan hukuman penjara dan didenda.

Hukuman itu sebagai cara untuk menghalang orang ramai daripada terlibat dalam tingkah laku negatif itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya