BANDAR SERI BEGAWAN: Biarpun sudah pernah menjalani hukuman penjara atas kesalahan curi, seorang lelaki tempatan tidak serik untuk melakukan perkara yang sama.
Pelita Brunei melaporkan, Mohammad Rafi Ezamdie Muhammad Daud, 30, dijatuhi hukuman penjara selama 16 bulan atas dua pertuduhan oleh Mahkamah Majistret.
Majistret Kanan, Azrimah Abdul Rahman menjatuhi hukuman berkenaan selepas tertuduh mengaku salah setelah pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh melesapkan seutas rantai emas, seutas gelang emas, dan sebentuk cincin emas daripada mayat seorang wanita berusia 43 tahun dalam sebuah kereta yang diletakkan di tepi Jalan Mumong, Kuala Balai, Belait pada pukul 3.30 petang, 7 Ogos lalu.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah Ahmad Ghazali.










