Cuba negara pertama di dunia vaksin kanak-kanak seawal usia dua tahun - Utusan Malaysia

Cuba negara pertama di dunia vaksin kanak-kanak seawal usia dua tahun

PEDRO Montano memangku anaknya, Roxana Montano yang berusia tiga tahun ketika diberikan suntikan vaksin Covid-19 di Havana, Cuba. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAVANA: Cuba menjadi negara pertama di dunia melaksanakan program vaksinasi Covid-19 melibatkan kanak-kanak seawal usia dua tahun.

Bagaimanapun Cuba didakwa menggunakan vaksin keluaran tempatan yang tidak diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Negara komunis dengan 11.2 juta penduduk itu merancang untuk memulakan program vaksinasi terhadap kanak-kanak sebelum pembukaan semula sesi persekolahan yang ditutup sejak Mac tahun lalu.

Sesi pembelajaran bermula semalam melalui TV pendidikan kerana kebanyakan penduduk Cuba tidak mempunyai akses internet.

Selepas menyelesaikan ujian klinikal pada kanak-kanak dengan vaksin Abdala dan Soberana, Cuba memulakan kempen pemvaksinan kepada golongan itu pada Jumaat lalu, bermula dengan mereka yang berusia 12 tahun ke atas.

Semalam, Cuba memulakan suntikan vaksin terhadap kanak-kanak dari usia dua hingga 11 tahun di wilayah Cienfuegos.

Beberapa negara lain memulakan vaksinasi kanak-kanak dari usia 12 tahun manakala ada yang masih menjalankan tempoh percubaan terhadap kanak-kanak bawah 12 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya