Covid-19: Rusia catat kematian tertinggi di Eropah - Utusan Malaysia

Covid-19: Rusia catat kematian tertinggi di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Rusia mencatatkan angka kematian Covid-19 harian tertinggi di Eropah sepanjang lonjakan kes akibat penularan varian Delta serta program vaksinasi besar-besaran yang gagal.

Pihak berkuasa Rusia melaporkan 852 kes kematian dalam tempoh 24 jam semalam.

Secara keseluruhan, Rusia mencatatkan lebih 205,000 kematian akibat Covid-19 sejak pandemik bermula.

Angka itu mewakili jumlah kematian tertinggi di Eropah dan kelima tertinggi di peringkat global.

Kebimbangan di Rusia semakin meningkat ketika gelombang keempat jangkitan melanda selepas jutaan pelajar kembali ke sekolah dan universiti.

Sejak minggu lalu, lebih 21,000 kes baharu Covid-19 dilaporkan dengan purata kes harian sebanyak 18,000 pada pertengahan bulan ini.

Rusia pernah melaksanakan perintah berkurung awal tahun ini dengan tempoh selama enam minggu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya