Bomoh 'air suci' rawat Covid-19 meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bomoh ‘air suci’ rawat Covid-19 meninggal dunia

BOMOH terkenal Sri Lanka meninggal dunia akibat Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Bomoh terkenal yang mendakwa boleh menamatkan penularan Covid-19 di Sri Lanka dengan hanya menggunakan ‘air suci’, meninggal dunia akibat virus itu, jelas ahli keluarganya hari ini.

Eliyantha White, 48, yang pernah merawat ahli sukan dan ahli politik terkenal termasuk Perdana Menteri, mendakwa mampu menamatkan pandemik itu dengan ‘menuang air suci’ ke dalam sungai.

Bekas Menteri Kesihatan, Pavithra Wanniarachchi yang menyokong rawatan itu turut dijangkiti Covid-19.

Bomoh itu mendakwa memiliki kuasa istimewa sejak berusia 12 tahun.

Keluarganya sebelum ini berkata, bomoh itu enggan menerima suntikan Covid-19. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN