Biar usia sudah 70-an, ABBA kembali gegarkan carta muzik - Utusan Malaysia

Biar usia sudah 70-an, ABBA kembali gegarkan carta muzik

KUMPULAN pop dari Sweden, ABBA, (dari kiri) Bjorn Ulvaeus, Agnetha Faltskog, Anni-frid Lyngstad dan Benny Andersson ketika beraksi di pentas pada 1976 di Gothenburg. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRITAIN: Lagu single terbaharu dari kumpulan ABBA memasuki senarai 10 terbaik carta muzik United Kingdom (UK) bulan ini dengan lagu Don’t Shut Me Down.

Huffington Post melapor­kan, lagu berkenaan menduduki tempat kesembilan dalam senarai rasmi berdasarkan penjualan dalam talian dan jumlah penstriman.

Ini merupakan kali pertama kumpulan dari Sweden itu tersenarai selepas hampir 40 tahun.

Kali terakhir kumpulan itu tersenarai dalam carta muzik Britain adalah pada Januari 1982 menerusi lagu One Of Us.

Kumpulan tersebut dengan ahlinya menginjak usia 70-an bakal mengeluarkan album terbaharu sekitar November ini.

Single kedua mereka, I Still Have Faith In You mendapat tempat ke-14 dalam carta berkenaan.

Kemunculan semula kumpulan itu turut menaikkan kembali lagu-lagu lama mereka ke dalam carta seperti album kompilasi lagu terbaik dari 1992, ABBA Gold pada kedudukan kelima.

Kumpulan itu turut mendedahkan akan mengadakan konsert ABBA Voyage yang mengimbau kembali konsert terbaik mereka pada 1979.

Konsert tersebut dijadual diadakan di London pada Mei tahun depan di mana ahli kumpulan itu akan melakukan persembahan secara digital menggunakan teknologi hologram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN