Bapa campak anak dalam sungai habitat buaya - Utusan Malaysia

Bapa campak anak dalam sungai habitat buaya

BAPA campak anak sendiri dalam Sungai Teluk Dawan yang menjadi habitat buaya. – CNN INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang bapa tergamak mencampak anaknya yang berusia enam tahun ke dalam Sungai Teluk Dawan di daerah Muara Sabak Barat, wilayah Tanjung Jabung Timur di Jambi.

Lapor CNN Indonesia, su­ngai itu terkenal dengan habitat buaya.

Sebelum dicampak ke su­ngai, bapa mangsa yang dikenali sebagai F sempat memarahi dan menamparnya menggunakan selipar.

F kemudian mencampak anaknya dan badan kanak-kanak itu berguling sebelum memasuki ke dalam sungai.

Aksi kejam itu dirakam seorang penduduk sehingga tular di laman media sosial.

Isnin lalu, polis Tanjung Jabung Timur menahan bapa kanak-kanak ber­kenaan.

Setakat ini, punca pende­raan belum diketahui.

Selain polis, wakil dari Kementerian Pembangunan Wanita dan Perlindungan Kanak-Kanak juga mengunjungi rumah suspek.

Tambahnya, lawatan kementerian itu bertujuan membantu anak suspek yang terselamat daripada menjadi mangsa penderaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN