fbpx

Banjir di AS seperti ‘limpahan Niagara Falls’

SEJUMLAH kenderaan yang ditinggalkan di lebuh raya selepas banjir melanda New York, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyatakan ‘pelaburan besar-besaran’ perlu dilakukan segera untuk mengatasi krisis perubahan iklim, selepas timur laut negara ini dilanda banjir kilat dan puting beliung terburuk.

Sekurang-kurangnya 45 orang maut di enam negeri termasuk di New York, New Jersey, Pennsylvania, Maryland, Virginia dan Connecticut.

Gabenor New Jersey, sekurang-kurangnya 23 orang maut di negeri itu dengan kebanyakannya terperangkap di dalam kereta ketika banjir melanda.

Seramai 14 orang pula terkorban di New York, termasuk kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dengan 11 daripadanya lemas akibat terperangkap di ruang bawah tanah.

Selain itu, lima penduduk meninggal dunia di Pennsylvania, manakala seorang anggota tentera lemas dihanyutkan arus di Connecticut.

Dalam pada itu, Datuk Bandar New York, Bill de Blasio mengkritik kumpulan pakar cuaca dengan menyifatkan mereka tidak mendedahkan perkara sebenar.

Katanya, beliau sudah diberi amaran mengenai hujan lebat yang bakal melanda, namun tidak menyangka keadaan menjadi semakin buruk.

“Kita perlu berkomunikasi dengan semua pihak bagi memaklumkan keadaan boleh menjadi sangat buruk dalam apa jua situasi,” katanya.

Gabenor New York, Kathy Hochul pula menyifatkan banjir yang berlaku seperti ‘limpahan air terjun Niagara Falls’.

Di New Jersey, tornado ‘meratakan’ ladang tenusu paling besar di negeri itu, merosakkan infrastruktur dan sejumlah silo simpanan turut diterbangkan angin kencang.

Di New York pula, kira-kira 835 orang diselamatkan selepas terperangkap dalam stesen tren bawah tanah.

Rakaman video menunjukkan air deras memenuhi ruang stesen bawah tanah dengan orang ramai menjerit meminta tolong.

POPULAR

KOSMO! TERKINI