Ayman al-Zawahiri muncul dalam video - Utusan Malaysia

Ayman al-Zawahiri muncul dalam video

PEMIMPIN Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri muncul dalam video ulang tahun ke-20 serangan 9/11. – INDIA TODAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pemimpin Al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri yang dianggap sudah mening­gal dunia, membuat kejutan apabila muncul dalam video baharu yang disiarkan sempena ulang tahun ke-20 serangan 11 September di Amerika Syarikat (AS).

Lapor India Times, kumpulan perisikan SITE yang berpangkalan di AS melaporkan, Ayman menerusi video berdurasi sejam itu bercakap mengenai pelbagai isu terma­suk serbuan di sebuah pangkalan tentera Rusia.

Bagaimanapun, Ayman tidak menyebut mengenai Taliban yang mengambil alih kuasa di Afghanistan.

Pada Jun lalu, satu laporan dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyebut, Ayman masih hidup dan bergerak aktif berhampiran sempadan Pakistan-Afghanistan.

Pada November tahun lalu, pemimpin itu dilaporkan meninggal dunia.

Terdahulu Pengarah SITE, Rita Katz mengesahkan kemun­culan semula pe­mimpin al-Qaeda itu dalam video tersebut.

“Ayman dipaparkan dalam video baharu itu kali ini memberi beberapa bukti bahawa dia belum meninggal dunia terutamanya merujuk kepada peristiwa selepas Disember ketika khabar angin mengenai berita kematiannya muncul.

“Peristiwa disebut Ayman merujuk kepada serbuan di pangkalan tentera Rusia oleh kumpulan Hurras al-Deen yang bersekutu dengan al-Qaeda di Syria yang didakwanya pada 1 Januari lalu,” katanya.

Video bertajuk Jerusalem will not be Judaized dan di­siarkan As Sahab Media, ejen propaganda kumpulan ber­kenaan.

Ayman menggantikan Osama bin Laden sebagai ketua kumpulan di sebalik insiden serangan 11 September itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN