AUKUS cetus perlumbaan senjata nuklear - Utusan Malaysia

AUKUS cetus perlumbaan senjata nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara menyifatkan pakatan baharu Amerika Syarikat (AS), Australia dan United Kingdom (UK) di Indo-Pasifik dikenali AUKUS boleh mencetuskan perlumbaan senjata nuklear di rantau ini.

Perkara itu ditegaskan kenyataan rasmi Kementerian Luar mengenai AUKUS dan komitmen kontrak kapal selam AS dengan Australia.

“Ini adalah tindakan yang tidak diingini dan berbahaya.

“AUKUS akan mengganggu keseimbangan strategik di rantau ini serta mencetuskan perlumbaan dalam senjata nuklear,” jelas kementerian itu.

AUKUS yang disepakati baru-baru ini didakwa bertujuan mengekang kemaraan China yang dilihat semakin ‘mencengkam’ penguasaan di wilayah maritim di Laut China Selatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN