Asyik menari, beg tangan wanita dikebas monyet - Utusan Malaysia

Asyik menari, beg tangan wanita dikebas monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HUNAN: Gara-gara terlalu asyik menari sambil menikmati keindahan alam, seorang wanita kehilangan semua dokumen penting dan wang tunai selepas beg tangan miliknya dibawa lari oleh seekor monyet.

Kejadian berlaku di Taman Hutan Negara Zhangjiajie, wilayah Hunan.

Rakan mangsa yang sedang merakam video tersebut sempat menjerit ketika melihat monyet itu menghampiri beg tangan sebelum haiwan itu melompat keluar dari binaan kayu di hutan tersebut.

Difahamkan, wanita itu terpaksa mengumpan monyet itu dengan makanan bagi mendapatkan semula beg tangan tersebut.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada beg tersebut berjaya diselamatkan atau sebaliknya kerana monyet itu sudah melarikan diri.

Taman Negara pertama di China yang popular dalam kalangan pelancong itu diiktiraf UNESCO sebagai tapak warisan dunia.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya