Arca Humpty Dumpty duduk atas mangkuk tandas, dicuri - Utusan Malaysia

Arca Humpty Dumpty duduk atas mangkuk tandas, dicuri

ARCA yang dinamakan Dumpty Humpty dicuri dari sebuah pameran seni di Madison. - JABATAN POLIS MADISON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADISON: Polis di Wisconsin, Amerika Syarikat (AS) berusaha mengesan sebuah arca gangsa watak puisi kanak-kanak, Humpty Dumpty yang berupa sedang duduk atas mangkuk tandas sambil memegang buku.

Menurut Jabatan Polis Madison, arca bernilai AS$1,400 (RM5,861) yang dinamakan sebagai Dumpty Humpty, telah dicuri dari booth Square di sebuah pameran seni pada Sabtu lalu.

“Penjual memberitahu dia melihat dua lelaki sedang berdiri lama berhampiran gerai pamerannya semasa mendirikannya pada Sabtu lalu.

“Arca itu hilang bersama lelaki berkenaan ketika penjual meninggalkan seketika gerai pamerannya,” jelas polis.

Tambah polis, mereka sudah mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berkaitan dua lelaki yang digambarkan oleh penjual tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya