'Anu' dalam balang ditemukan, keluar bau busuk - Utusan Malaysia

‘Anu’ dalam balang ditemukan, keluar bau busuk

PEGAWAI forensik memeriksa untuk mencari petunjuk di lokasi kejadian. - NATALIA PENZA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES: Seorang individu terkejut selepas menemukan bahagian alat kelamin lelaki di dalam sebuah balang kaca ketika sedang memotong rumput di rumah ibunya di Balcarce, Argentina.

Lapor Daily Star, ketika kejadian, lelaki yang sedang memotong rumput secara tidak sengaja memecahkan balang kaca yang dijumpai sehingga ia mengeluarkan bau busuk.

Bau busuk itu membawa kepada penemuan bahagian alat kelamin yang dipotong.

Katanya, dia kemudian menghubungi polis dan mereka tiba di lokasi kejadian.

Pasukan forensik memeriksa dan membawa beberapa bahan bukti termasuk balang kaca dan bahagian alat kelamin yang ditemukan itu.

Setakat ini, pihak berkuasa masih belum mengesahkan identiti mangsa.

Polis juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau komen berhubung insiden tersebut.

Bagaimanapun, polis sudah memulakan siasatan mengenai  penemuan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya